Popular Posts

Tuesday 19 April 2011

SolatKu~

Assalamualaikum wbt. Apakabar? Moga2 kita semua sihat sejahtera hendaknya dengan izin Allah swt. Ha, petang2 Isnin sangat tenang dan damai ni, sambil2 merehatkan diri seketika lepas kepenatan bekerja atau sekolah atau sebagainya, just nak kongsi bersama dengan anda semua.. sesuatu yang mungkin anda dah tahu atau belum tahu.Ianya adalah tentang SOLAT DI AWAL WAKTU.  Nak pinjam masa 5 minit anda semua boleh? terima kasih yeh..:D

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Annas rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.



Sekian, terima Kasih  :)

Wednesday 6 April 2011

Bahan Bantu Mengajar(BBM)


Bahan Bantu Mengajar(Sukan & Rekreasi)
Botol (Kon)
Boleh diguna sebagai mengantikan kon dalam mengajar subjek sukan dan rekreasi. Contoh aktiviti sukan yang boleh digunakan ialah dalam mengelecek bola hoki, bola sepak dan lain-lain. Selain itu, boleh dilakukan dalam larian Ziq-zaq. Bahan ini mudah dibuat, menggunakan barang yang terbuang, mampu menjimatkan kos dan sesuai digunakan dalam pelbagai jenis sukan. Ia juga dapat membantu guru mengajar sekirannya kon sebenar tidak terdapat di sekolah tersebut. Bahan ini boleh diwarnakan dengan pelbagai warna supaya dapat membezakan antara satu dengan lain
.
KON





Tuesday 29 March 2011

My BiOdata


BioData




Nama : Mohamad Farid Bin Kamaruddin
Tarikh Lahir : 18/09/1989
Asal : Felda Jengka 25, Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sukan & Rekreasi
Universiti Kebangsaan Malaysia 
Tahun Pengajian : Tahun 2/Sem 2
Alamat Kolej : K 16 A, 413,Kolej Rahim Kajai, UKM
Email : farid25_89@yahoo.com


Monday 28 March 2011

Friday 18 March 2011

Teknologi Masa Depan


Compenion NetBook
Compenion mengeluarkankonsep laptop sliding yang sangat  tipis dengan layar touchscreen  dan satu lagi, menggunakan teknologi O-LED(Organic Light Emiting Diode) iaitu lampu yang dihasilkan dari sumber lain, seperti yang boleh kita lihat di gambar, lampu backlight pada keyboard adalah hasil pancaran dari layar monitor.




Sony Vaio Zoom
 "Sony Vaio Zoom". Dengan design yang futuristik dan ketebalan yang boleh dikatakan cukup nipis, laptop ini juga menggunakan teknologi yang disebut holographic glass pada layar monitornya. 
LOW GRAVITY SKATEBOARD.Papan Skate Anti Gravitasi ini mampu memperkecil Gaya Gravitasi Bumi sebesar 10%. Terdapat Magnet yang akan menjaga pemakainya tidak terjatuh. Kasut  yang khusus bermagnet diharuskan dalam penggunaan Skate ini.

 



GAME DESK. Meja permainan lengkap yang menyediakan segala alat untuk bermain VideoGame. Disediakan Joy Stick berbentuk Pistol untuk main House Of The Dead ataupun Joy Stick berbentuk steer untuk bermain Simulasi Driving. Membuat anda tidak bosan menunggu Game Lag ataupun DC, kerana monitor kedua dan ketiga dapat anda gunakan untuk menghibur anda.




[a96844_a519_rolltop.jpg]
ORKINS ROLLTOP
Laptop yang boleh digulung
Laptop ini boleh digulung seperti  anda menggulung sebuah kertas, layar LCD yang digunakan sangat fleksibel dengan alat multitouch...produk ini sangat mudah untuk dimudah alih sekali.
 





Inilah Produk baru SONY, iaitu sebuah mini komputer yang boleh dipakai dipergelanggan tangan seperti Jam tangan, teknologi ini belum keluar di pasaran, kemungkinan akan dilancarkan pada 2019 oleh SONY.. dan menjadi teknologi komputer tercanggih masa depan.






Jarum suntik yang disebut jarum suntik mikro (microneedles) yang menjamin tidak akan rasa sakit bila disuntik dengan menggunkan jarum mickro ini.Desain jarum ini sendiri diinspirasi oleh sengat yang ada di seekor nyamuk betina. Tahu kan, kebanyakan dari kita, tidak pernah merasakan apapun bila digigit nyamuk dan inilah yang menjadi inspirasi dari jarum mikro tersebut. Informasi jarum suntik yang ada sekarang ini mempunyai ukuran diameter sekitar 900 microns sedangkan microneedles mempunyai ukuran hanya 60 microns (15 kali lebih kecil).






Magic Washing Ball ni adalah bebola pencuci tanpa sabun sehingga 3 taun/1100 kali cucian yang boleh dilakukan….sebuah teknologi yg mesra alam iaitu menggunakan teknologi bio & nano..mempunyai medan magnet & sesuai digunakan oleh pengguna surirumah..gadget ini dapat menjimatkan kos & dpat memelihara alam sekitar daripda tercemar bersesuaian dgan konsep teknologi hijau…




Konsep smartphones mereka yang diberi nama The Second Life Mobile Phone Concept ini sebuah teknologi layar AMOLED tranparan dengan teknologi apa yang mereka sebut sebagai E-ink. E-ink sendiri merupakan teknologi yang mampu mengubah warna keseluruhan layar AMOLED  tergantung pada keadaan bateri. Jika keadaan bateri kuat, maka layar AMOLED secara keseluruhan akan berwarna gelap. Semakin lemah bateri, semakin pudar warna yang dihadirkan dan pada akhirnya berakhir pada warna yang hanya hitam dan putih saja.


Video Sukan




Dribbling



                                                                           Smash Badminton